hikmah...

"Menyebut yang benar tidaklah akan mendekatkan ajal dan tidak akan menjauhkan rezeki"

Tuesday, November 20, 2007

obsess for the world peace.....

living in the same world, breath using the same air....one ruins, all die.....

Thursday, October 18, 2007

hanya kepada-Mu aku berserah ya Allah...




kisahnya berakhirnya nafas seorang lelaki ......




Awang merupakan seorang lelaki bujang yg berusia pertengahan 40-an....Awang merupakan anak ke-4 dari 8 beradik...


Sewaktu di usia mudanya Awang byk menghabiskn masa bekerja, berbakti dengan mak ayahnya, menolong kwnnya berniaga di pasar mlm selepas waktu kerja..dan yg paling disukainya...memancing di laut dlm...duit gajinya byk dihabiskan kepada sanak saudara, mak ayahnya...dan utk dirinya sendiri...


Dalam keluarga, hanya Awang seorg yang tidak berkahwin malah abg dan adik lelakinya sudah mempunyai keluarga masing2....tapi Awang lebih rapat dengan abgnya dan mereka sering memancing bersama2 apabila ada waktu lapang....dan kalau diiktkan adik beradik yang lain pon tak berapa rapat dgn dia...


Setelah memerah keringat selama hampir 30 thn di kilang tempat Awang bekerja, kilang tersebut terpaksa ditutup n mahu membuka cawangan di Johor....Awang diberi pilihan sama ada berhenti kerja dan menerima pampasan atau mengikut kilang tersebut beroperasi di Johor...Awang memutuskan untuk berhenti kerja....Awang menerima RM30 000...disebabkan persekolahan tak habis..Awang tak tau sistem kad bank dan sebagainya..dia berikan kad bank kepada adik perempuannya yang bongsu.


Apabila mendapat tahu Awang menerima pampasan yang byk....maka ramailah adik beradiknya dtg mengadap...(ceh macam dulu kala lak).....


Daripada cerita yang di dengar, ramaila yang meminjam dgn pelbagai alasan....tukar kereta la...loan rumah la....mcm2 lagi la...


Ditakdirkan Allah, anak kepada abang Awang (anak sedara Awang) iaitu Amirah dapat masuk universiti....sebenarnya dalam keturunan sebelah Awang ni, tak der sesiapa pon yang pernah dapat masuk U...sebab ader yang skola tak abis...yg skolah pon tak baper nak jadi....tapi sorang anak sedara nya sangkut lak nama dia dlm U tuh....tapi masalahnya mcm biasa la... duit......


Abang kpd Awang susah hati nak cari duit sehinggalah dia terigt pesan Awang sewaktu mereka memancing bersama2. Awng cakap, "abg kalau tak der duit, bgtau jer...kalo anak2 nak belajar jgn segan2 nak bgtau, kita adik-beradik, aku akan tlg selagi mampu"...berdasarkan kata2 itula, si abang ni td memberanikan diri berjumpa Awang untuk meminjam duit. Awang hanya tersenyum (dalam hatinya terdetik kenapa la abgnya sendiri takut nak meminjam duit utk perkara baik camtu) dan si abg teringat kata-kata Awang......"kalo ader duit byrla balik...tapi kalo takder duit tak bayar pun takper, aku da halalkan"...
Dengan takdir Tuhan, pinjaman yang Amirah terima membolehkan dia memulangkan wang yang dipinjam. Amirah bersyukur...kerana tiada hutang lagi di antara dia dengan Awang.


Sepanjang pembelajaran Amirah di kampus...semuanya berjalan lancar sehinggalah satu hari dengan kehendak Allah, Awang disahkan menghidap penyakit bengkak hati...semakin hari semakin parah. Awang hilang selera makan, badan menjadi cepat letih....sehinggalah suatu hari, Awang mendapat peluang melakukan pembedahan dari pakar yang memerlukan kos rawatan sehingga RM7000....


Dlm hati Amirah tiada apa yang dapat digusarkan kerana simpanannya yang berjumlah RM30000 masih ada...kalo kurang pon takkan habis langsung...sakit Awang semakin teruk bila pembedahan ditangguhkan..abang Awang bertnyakan ibunya ttg duit Awang, dan jwpn paling mngejutkan iaitu "duit da habis, jgn tnya aku..aku runsing ni"....abg Awang tidak mahu bertnyakan lanjut bimbang ibunya melenting lagi.....


Abang Awang bertnyakan sendiri kpd Awang...Awang hanya menjwb.."tah la abang..aku tak guna pon duit tuh..tau2 da abis..bila aku tanya mak..mak tukar tajuk..takkan aku nak paksa lak"....takperla....


Abang Awang pon tak mampu nak membiayai perubatan adik nya memandangnya dia hanya bekerja kampung...tapi Abang Awang berusaha membawa adiknya mencuba rawatan secara traditional....


Rawatan traditional yg diterima mengurangkan kesakitan Awang..menurut pengamal perubatan kg..Awang masih blh sembuh....


Biarpun Awang semakin kurus.....tapi selera mknnya semakin bertambah....Awang semakin sihat..sewaktu menghantar Awang pulang, hati abg Awang lega kerana sekurang2nya dia dpt membantu membls jasa adiknya....


sebulan kemudian..abg Awang terima panggilan yang Awang sesak nafas....keluarga abang Awang bergegas dtg utk melawatnya....abgnya terkejut melihat Awang menjadi lebih kurus dr sebelum ini dan terlantar kesakitan.....sewaktu menyapukan ubat yg dibekalkan pengamal perubatan di kg abg Awang kedada Awang...Awang kelihatan blh bernafas perlahan2....


Abg Awang hairan knpa tak beritahu mereka lebih awal.....Tepat jam 12tgh mlm...Awang kembali reda dr sesak nafas....tapi abgnya tak tido memandangkan keadaan Awang yang tidak menentu..abangnya bergilir2 menjaga Awang dgn anak lelaki sulungnya iaitu abg kpd Amirah....


Jam 3 pagi....tatkala semua sudah kembali nyenyak tidur..hny tinggal Awang dan abgnya...mulut Awang kelihatan terkumat-kamit membicarakan sesuatu tapi kurang jelas.....tiba-tiba......


tiba-tiba Awang kembali tenat...dan kali ini semakin nazak..nazak yang terakhir....abang yang sudah agak keadaan adiknya..mengajarnya mengucap..."mengucap Awang....Asyhadualla illa haillallah..waasyhaduannamuhammadarrasullah.......selesai mengucap....hembusan nafas terakir Awang cukup lembut....gerak dadanya turun perlahan-lahan untuk kali yang terakhir.....mata tertutup perlahan2 dan tidak akan terbuka utk selama2nya...


suasana menjadi gamat..kedgran suara org menangis teresak...adik Amirah menghubunginya jam 3.30 pagi mengatakan bapa saudaranya telah tiada...


Amirah tersentak....insan yang berjasa kepadanya telah tiada untuk selamanya......


Namun Amirah tak sempat pulang kerana pengkebumian Awang dibuat jam 12 pagi esoknya sedangkan Amirah mempunyai peperiksaan Akhir dan tiket bas hanya ada jam 4.30 ptg esoknya....


Amirah menangis kerana tak dpt pulang......


Sewaktu majlis arwah mlm berikutnya....adik Amirah pergi kerumah adik Awang yang terletak tidak jauh dr rumah ibu Awang utk mengambil pinggan mangkuk...


Tiba2 adik Amirah kedengaran suara sumbang......"bahagian aku camner?...jgn risau...mesti ader punya....wei!aku lak baper percent ni?.....jgn risau..semua da diuruskan....EPF da setel..socso pon setel...."


Adik Amirah merahsiakan perkara tersebut kerana tidak mahu kekecohan dan tidak baik bergaduh sewaktu mendoakan arwah....


Pemergian arwah pada pertengahan puasa meninggalkan byk tanda tnya....


Perayaan tahun ini tidak semeriah seperti tahun2 sblmnya...Amirah mengambil peluang untk melawat kubur arwah....


Tapi mlm sebelum tuh....adik Amirah menceritakan kebenaran kepadanya....


"Akak, mlm sebelum pak Teh (arwah Awang) meninggal....pagi tuh Acu dan suaminya bwk arwah pi pejabat EPF utk tukar nama dlm waris EPF....sebelum ni Pak Teh letak nama abah, atok ngan tok wan...tapi dorg tukar letak nama Acu dan Atok...."


"Pagi tuh Pak Teh sihat lagi...masa dorg ckp nak bwk tuh pak Teh dah mengadu asma dan sakit dada, tapi dorg tarik juga pak Teh pi tukar nama"....


"Bila balik jer Pak Teh jadi makin teruk sehinggalah Pak Teh 'Pergi' mlm tuh gak.....


Amirah tergaman........"Ya Allah, benarkan seperti yang terjadi....YaAllah.....tunjukkan lah kebenaran..hukumla mereka yang bersalah Ya Allah..apalah dosa Pak Teh sehingga dikhianati adik sendiri."


kisah tersebut di diamkan keluarga Amirah kerana ayahnya melarang masuk campur sebab pak Teh pon sudah tiada....lagipon ayah tak mahu menjadi anak derhaka kerana hal itu turut melibatkan atok....ibunya sendiri......


suatu hari..sewaktu Amirah bersendirian, tiba2 adiknya datang dan menceritakan sesuatu yang mengejutkan.....


"Akak, semlm masa tidur umah kwn, bapak dia tiba2 dtg dan pgg tgn adik...dia tiba2 ckp pasal Pak Teh...dia kata dia tahu yg adik ada saksikan kejadian sebenar yg menimpa pak Teh....katanya....sebenarnya Pak Teh tak sakit sgt da....kesihatan makin pulih sebab pak Teh berpantang....tapi ada org bg mkn Pak Teh benda yang Pak Teh tak blh mkn..yg buat Pak Teh makin skit...semakin hari semakin tenat.....da org tuh merupakan adik beradiknya sendiri...."


"Bapak kwn adik siap bgtau fizikal org tuh camner....."


"ish..da la dik...jgn percaya benda2 camtuh...takut syirik plak nt"...


Namun dlm hati Amirah...macam mana org tuh blh tahu kisah keluarganya? jika benar........

Astaghafirullah......besarnya kezaliman org tuh pada pak Teh....apa dosanya.....tak takut kah dia pada hari akhirat........kejamnya......


bayangkanlah.....seorg abg menjaga adiknya sewaktu masih kecil..membancuh susu, membelikan mainan...apabila besar...menjaga maruahnya....memenuhi permintaan....apabila berkahwin..menjadi walinya.....da apabila melahirkan anak, anaknya pula di tatang bagai minyak yg penuh.....


Dan apabila abgnya sakit......abgnya diracuni supaya cepat mati.....Ya Allah......hindarkan kan lah hambamu dari pemikiran yang dihasut syaitan......


Ya Allah..tunjukkan lah kuasa Mu kepada mereka yang ingkar ya Allah...kepada mereka yang tidak takut akan hukumanmu Mu Ya Allah.....


yang pergi tetap takkan kembali.....tapi yang hidup....akan terus diselubungi dosa dan dendam yg tak pernah puas......akhirnya akan mati terkejut kerana takutkan bayangan sendiri.......


Ya Allah..ya Rabbal A'lamin.......

Sunday, October 7, 2007

de^launch^of^my^bLog

Hari ini merupakan hari pertama aku merasmikan blog...xtualy, aku la paling malas nak tulis blog ni...but i'll try my best to provide the greatest blog....